- Untuk mula memahami orang Melayu, anda mesti hidup di negaranya, bertutur bahasanya, menghormati kepercayaannya, berminat terhadap apa yang diminatinya, melayani prejudis-prejudisnya, bersimpati terhadapnya dan menolongnyaapabila dia dalam kesusahan, serta berkongsi kesukaanya dan kemungkinan risiko-risikonya sekali. Hanya dengan cara demikian anda dapat berharap untuk memperoleh kepercayaannya. hanya dengan kepercayaannya sahajalah anda boleh berharap untuk memahami isi hati seorang Melayu. Dengan itu, pengetahuan ini hanya akan diperoleh oleh mereka yang berpeluang dan menggunakan peluang tersebut.
- Seorang Melayu sejati pendek, gempal, bertubuh sasa, berambut lurus dan hitam, berwarna coklat gelap, berhidung dan berbibir tebal serta mata yang bijak dan bercahaya. Perwatakannya kebiasaannya baik, kelakuannya sopan dan tidak cerewet. Bermaruah tinggi, orang Melayu pendiam dan curiga terhadap orang asing, sungguh pun mereka tidak menunjukkannya. Beliau berani dan boleh dipercayai untuk melaksanakan sesuatu tetapi boros, suka meminjam wang dan sangat lambat membayar balik. Beliau pandai bercakap, bercakap secara kiasan menggunakan peribahasa dan kata-kata bijaksana, suka berjenaka dan mempunyai sifat berjenaka yang tinggi dan sangat suka kepada jenaka yang baik. Beliau mengambil berat terhadap hal ehwal jiranya dan kerana itu suka bercerita mengenai hal orang lain. Beliau ialah pengikut Nabi Muhamad S.A.W. dan merupakan seorang yang berserah kepada takdir, tetapi beliau juga sangat mempercayai perkara tahyul. Beliau tidak minum minuman yanng menghayalkan dan jarang sekali menghisap candu. Tetapi beliau amat suka berjudi, berlaga ayam dan permainan olahragawan, menangkap dan menjinakkan gajah, seorang nelayan yang cekap dan sungguh selesa dalam perahu.
- Yang paling utama, beliau konservatif ke satu peringkat, megah dan cinta kepada bangsa dan negaranya, menghormati adat dan tradisi nenek moyangnya, taku kepada Raja-Raja dan mempunyai penghormatan yang wajar terhadap kuasa yang ditubuhkan secara perlembagaan - sementara beliau memandang dengan syak dan curiga terhadap semua pembaharuan dan akan menghalang sebarang cubaan untuk melaksanakan pembaharuan tersebut secara mengejut. Tetapi jika beliau ada masa untu memeriksanya secara teliti dan pembaharuan tersebut tidak dipaksa ke atasnya. Beliau sudi dipengaruhi oleh kebijakannya. Pada masa yang sama, beliau ialah seorang yang cepat belajar, melalui tauladan dan bila dipengaruhi dan bila mempunyai tenaga dan cita-cita yang mencukupi terhadap sesuatu tugas, beliau akan menjadi seorang pekerja yang baik.Walau bagaimana pun hingga kesatu peringkat, beliau pemalas, tidak mempunyai apa-apa kaedah atau arahan susunan.Beliau tidak mengenali apa-apa ketetapan sehingga kewaktu-waktu makannya dan menganggap bahawa waktu tidak penting. Rumahnya tidak terurus, kotor, tetapi beliau mandi dua kali sehari
Sunday, May 10, 2009
MELAYU SEJATI
Subscribe to:
Comments (Atom)