Thursday, January 7, 2010

TAK MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI

Jumlah 4.3 juta pengundi di seluruh negara yang layak mengundi tidak mendaftar sebagai pengundi bukanlah jumlah yang sedikit. Dikata kebanyakannya berusia antara 22 hingga 30 tahun. Purata 400,000 setahun. Sehingga PRU 13 nanti jumlahnya meningkat kepada 5.5 juta. Cuba kita bayangkan jumlah sebegini besar tidak terlibat dalam memilih kerajaan? Apakah kesannya pada negara pada jangka masa panjang? Adakah generasi muda ini tidak berminat dalam politik maka mereka tidak menghiraukan saranan SPR untuk mendaftar secara sukarela atau perlukah mereka ini diwajibkan mendaftar dan sekiranya tidak melakukan pada usia 21 tahun maka boleh diambil tindakan?
Soal pendaftaran pula ada pelbagai versi yang dicadangkan. Ada yang kata secara sukarela lebih baik dan tidak ketinggalan pula secara peraturan atau undang-undang. Lebih malang lagi ada yang jadi ahli parti pun masih tak mendaftar sebagi pemilih. Kesedaran untuk mendaftar ini melibatkan semua kaum.

Sunday, December 6, 2009

BTN

Sekali lagi keadaan politik di Malaysia dihangatkan oleh pengharaman oleh kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang kepada warga kerja negeri dan juga student IPTA dibawah kerajaan negeri dari menghadiri kursus BTN yang dikatakan bersifat rasis dan tidak melambangkan konsep 1 Malaysia. Pelik tiba-tiba sahaja pembangkang jadi begitu murah hati dengan dasar kerajaan. Selalunya mereka sangat spektikal. Soalnya jika kakitangan pergi juga adakah mereka akan dibuang kerja, ditukar, tidak dinaikkan pangkat atau sebagainya. Kesian staf kerajaan negeri. Apa yang malangnya walau pun pengundi dah pilih mereka sebagai kerajaan tetapi nampaknya mereka tak mesra pengundi. MB selangor dan KM Pulau Pinang membalas kepercayaan pengundi dengan cara yang sangat licik. Dulu mereka kata akan lebih baik dari BN jika mereka diberi peluang memerintah. Kini dah terbalik, bila dapat power semuanya dah lupa, lupa pada janji. Lakonan mereka sungguh baik kerana Kedah dan Kelantan tak melatah seperti Selangor dan Penang. Pada mereka yang kena patuh tu lu fikirlah sendiri, apa nak buat....

Sunday, November 15, 2009

MENITI KE PUNCAK KUASA

Semua orang suka bila berada di puncak kuasa. Puncak kuasa adalah idaman pemimpin dan bakal pemimpin. Untuk berada di puncak kuasa, ada yang mengambil masa yang lama dan tidak kurang juga yang ambil 'sort-cut'. tidak kurang juga yang langgar peraturan malah ramai yang ikut peraturan. Dalam usaha mereka untuk berada di puncak ada juga yang ada pengalaman malah ada juga yang suka jadi calon payong terjun. Pelbagai cabaran dan dugaan datang sebelum berada di puncak.
Selalu kita dengar pemimpin sudah capai tahap kematangan dan dewasa, begitu juga pengikut. Tetapi sedih kita apabila rumah siap pahat berbunyi setiap kali ada pertandingan merebut kuasa. Yang kalah sangat sukar untuk menerima hakikat kemenangan saingannya. Ini berlarutan untuk sekian lama malah kadang-kadang sehingga pemilihan akan datang. Keadaan diburukkan lagi dengan camportangan pihak tertentu demi tujuan  tujuan tertentu. Akhirnya mereka yang berada di puncak kuasa terpaksa mentadbir dua puak dalam satu kumpulan. Situasi yang sangat sukar.
Moga dengan perkembangan terakhir ini, sikap dan mentaliti begini dapat di hindari demi kebaikan bersama. Kita kena buang jauh-jauh penyakit lama ini agar ianya tidak menjadi ikutan kepada generasi muda. Kepada generasi lama dan veteran keperluan untuk mendengar harapan orang muda sangat penting. Ini dapat mengelakkan persepsi tidak dipedulikan segera berubah. Perubahan memerlukan pengorbanan.

Tuesday, September 1, 2009

MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN

SEJAK akhir ini ada kecenderungan oleh pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan Melayu juga asalnya pendatang yang datang ke negara ini. Hakikatnya banyak pihak melupakan sejarah yang mencatatkan pengorbanan orang Melayu memberi kerakyatan kepada bukan Melayu semasa mencapai kemerdekaan.
Negara ini perlu dikenali dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan nama Malaysia. Malaysia ini asalnya dari perkataan Malaya. Malaya itu mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dahulu adalah Persekutuan Tanah Melayu. Sepatutnya ia habis di situ. Oleh itu negara ini dikenali dunia sebagai Tanah Melayu dan tidak disebut sebagai Persekutuan Tanah Melayu.
Nama Malaysia adalah termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Itu istilah sebenar mengikut Perlembagaan. Tidak timbul masalah apabila disebut Semenanjung, Sabah dan Sarawak walaupun dilihat sebagai berbeza kerana sebagai sebuah negara ia akan tetap disebut Malaysia. Contohnya Orang Asli hanya terdapat di Semenanjung seperti orang Senoi, Jakun dan Negrito. Orang Asli adalah aborigin bagi Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak tidak ada Orang Asli. Ini hakikatnya. Penduduk di Sabah dan Sarawak dipanggil native (bumiputera). Orang Melayu juga bukan Orang Asli. Orang Melayu juga native (bumiputera). Kita sama dengan orang Sabah dan Sarawak dalam konteks kita adalah native di Semenanjung dan setaraf dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mereka inilah yang datang selepas Orang Asli. Native ini jugalah yang diistilahkan indigenous people. Orang yang datang kemudian dipanggil imigran. Semua 28 suku kaum di Sabah dan Sarawak termasuklah Iban, Penan, Dayak dan sebagainya native.
Dahulu native ini dikenali sebagai anak negeri namun kini ia dikenali sebagai bumiputera.
Ada dua perbezaan yang besar antara aborigin dan indigenous . Aborigin adalah penduduk asli negara ini dan indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah peribumi dan mereka ini dilihat bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka. Oleh itu adalah jelas orang Melayu dan native di Sabah dan Sarawak adalah sama sebagai peribumi. Maka bumiputera itu adalah terjemahan kepada native. Oleh itu jangan kata orang yang lahir di situ adalah bumiputera tetapi sebenarnya tidak. Begitu juga orang Cina dan India yang lahir di sini, mereka bukan bumiputera. Ini kerana bumiputera bukan sahaja lahir di sini tetapi keadaan hidupnya adalah bersesuaian dengan keadaan sekelilingnya.
Menurut Perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum. Maka bangsa Melayu itu diturun taraf kepada kaum. Namun kaum Melayu adalah teras di negara ini dan kita ajak kaum lain untuk bekerjasama sebagai bangsa Malaysia. Lima kaum itu terdiri daripada, pertama Orang Asli, kedua orang Melayu, ketiga kaum bumiputera Sarawak, keempat kaum bumiputera Sabah dan kelima adalah kaum-kaum lain. Apabila menurunkan taraf orang Melayu kepada kaum, orang Cina dan India juga diturunkan taraf kepada “kaum-kaum lain”. Saya bercakap mengikut Perlembagaan dan jika kita menganggap teras negara ini terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India, itu adalah salah. Di mana definasi Cina dan India di dalam Perlembagaan? Dalam Perlembagaan ada disebut orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. Macam mana hendak definisikan Cina dan India di negara ini jika sudah terdapat negara asal mereka dan keturunan mereka di sana. Oleh itu maknanya mereka ini bangsa Malaysia yang ada hubung kaitnya dengan soal bahasa, budaya, keturunan dan sebagainya dengan negara asal mereka. Sama ada mereka hendak terima atau tidak, itu adalah hakikatnya. Orang Melayu pun jatuh nombor dua dan bumiputera di tempat ketiga. Ini berlaku kerana dari segi sejarahnya Orang Asli ini lebih dahulu sampai, lepas orang Melayu barulah kaum-kaum lain sampai ke negara ini. (rujuk Mingguan Malaysia Ahad 23 Ogos 2009)

Sunday, May 10, 2009

MELAYU SEJATI

  1. Untuk mula memahami orang Melayu, anda mesti hidup di negaranya, bertutur bahasanya, menghormati kepercayaannya, berminat terhadap apa yang diminatinya, melayani prejudis-prejudisnya, bersimpati terhadapnya dan menolongnyaapabila dia dalam kesusahan, serta berkongsi kesukaanya dan kemungkinan risiko-risikonya sekali. Hanya dengan cara demikian anda dapat berharap untuk memperoleh kepercayaannya. hanya dengan kepercayaannya sahajalah anda boleh berharap untuk memahami isi hati seorang Melayu. Dengan itu, pengetahuan ini hanya akan diperoleh oleh mereka yang berpeluang dan menggunakan peluang tersebut.
  2. Seorang Melayu sejati pendek, gempal, bertubuh sasa, berambut lurus dan hitam, berwarna coklat gelap, berhidung dan berbibir tebal serta mata yang bijak dan bercahaya. Perwatakannya kebiasaannya baik, kelakuannya sopan dan tidak cerewet. Bermaruah tinggi, orang Melayu pendiam dan curiga terhadap orang asing, sungguh pun mereka tidak menunjukkannya. Beliau berani dan boleh dipercayai untuk melaksanakan sesuatu tetapi boros, suka meminjam wang dan sangat lambat membayar balik. Beliau pandai bercakap, bercakap secara kiasan menggunakan peribahasa dan kata-kata bijaksana, suka berjenaka dan mempunyai sifat berjenaka yang tinggi dan sangat suka kepada jenaka yang baik. Beliau mengambil berat terhadap hal ehwal jiranya dan kerana itu suka bercerita mengenai hal orang lain. Beliau ialah pengikut Nabi Muhamad S.A.W. dan merupakan seorang yang berserah kepada takdir, tetapi beliau juga sangat mempercayai perkara tahyul. Beliau tidak minum minuman yanng menghayalkan dan jarang sekali menghisap candu. Tetapi beliau amat suka berjudi, berlaga ayam dan permainan olahragawan, menangkap dan menjinakkan gajah, seorang nelayan yang cekap dan sungguh selesa dalam perahu.
  3. Yang paling utama, beliau konservatif ke satu peringkat, megah dan cinta kepada bangsa dan negaranya, menghormati adat dan tradisi nenek moyangnya, taku kepada Raja-Raja dan mempunyai penghormatan yang wajar terhadap kuasa yang ditubuhkan secara perlembagaan - sementara beliau memandang dengan syak dan curiga terhadap semua pembaharuan dan akan menghalang sebarang cubaan untuk melaksanakan pembaharuan tersebut secara mengejut. Tetapi jika beliau ada masa untu memeriksanya secara teliti dan pembaharuan tersebut tidak dipaksa ke atasnya. Beliau sudi dipengaruhi oleh kebijakannya. Pada masa yang sama, beliau ialah seorang yang cepat belajar, melalui tauladan dan bila dipengaruhi dan bila mempunyai tenaga dan cita-cita yang mencukupi terhadap sesuatu tugas, beliau akan menjadi seorang pekerja yang baik.Walau bagaimana pun hingga kesatu peringkat, beliau pemalas, tidak mempunyai apa-apa kaedah atau arahan susunan.Beliau tidak mengenali apa-apa ketetapan sehingga kewaktu-waktu makannya dan menganggap bahawa waktu tidak penting. Rumahnya tidak terurus, kotor, tetapi beliau mandi dua kali sehari