Semua orang suka bila berada di puncak kuasa. Puncak kuasa adalah idaman pemimpin dan bakal pemimpin. Untuk berada di puncak kuasa, ada yang mengambil masa yang lama dan tidak kurang juga yang ambil 'sort-cut'. tidak kurang juga yang langgar peraturan malah ramai yang ikut peraturan. Dalam usaha mereka untuk berada di puncak ada juga yang ada pengalaman malah ada juga yang suka jadi calon payong terjun. Pelbagai cabaran dan dugaan datang sebelum berada di puncak.
Selalu kita dengar pemimpin sudah capai tahap kematangan dan dewasa, begitu juga pengikut. Tetapi sedih kita apabila rumah siap pahat berbunyi setiap kali ada pertandingan merebut kuasa. Yang kalah sangat sukar untuk menerima hakikat kemenangan saingannya. Ini berlarutan untuk sekian lama malah kadang-kadang sehingga pemilihan akan datang. Keadaan diburukkan lagi dengan camportangan pihak tertentu demi tujuan tujuan tertentu. Akhirnya mereka yang berada di puncak kuasa terpaksa mentadbir dua puak dalam satu kumpulan. Situasi yang sangat sukar.
Moga dengan perkembangan terakhir ini, sikap dan mentaliti begini dapat di hindari demi kebaikan bersama. Kita kena buang jauh-jauh penyakit lama ini agar ianya tidak menjadi ikutan kepada generasi muda. Kepada generasi lama dan veteran keperluan untuk mendengar harapan orang muda sangat penting. Ini dapat mengelakkan persepsi tidak dipedulikan segera berubah. Perubahan memerlukan pengorbanan.
No comments:
Post a Comment